27 Ogos 2012 - 19:30

Surat khabar Moscow melaporkan persidangan NAM di Tehran akan membuat ketetapan tentang sekatan ekonomi dan penyisihan Republik Islam Iran di peringkat antarabangsa. Konspirasi ini hanya dicanang oleh sebilangan negara seperti Israel dan Amerika.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Surat khabar Commersant di Moscow memuatkan tentang dampak persidangan di Tehran dengan menyatakan, "Adalah sangat penting untuk Iran melangsungkan persidangan ini supaya menjadi bukti bahawa pemulauan pemimpin-pemimpin dunia terhadap Republik Islam Iran tidak lebih dari kisah dongeng. Manakala kebimbangan tentang program nuklear Iran hanyalah Neo imperialism sahaja.Menurut Commersant, Iran sudah berhasrat melakukan perubahan tentang fokus politik dunia kerana di dalam agenda Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) terdapat beberapa masalah penting yang dibahaskan dan ditinjau seperti situasi di Palestin, krisis Syria dan program Nuklear Republik Islam Iran.Menyedari tentang kehadiran lebih dari 50 pemimpin negara, raja dan perdana menteri anggota, surat khabar ini menyatakan, "Iran berupaya menjaga kecemerlangan namanya, tidak terjadi seperti yang dianjurkan oleh Amerika dan Israel untuk memboikot persidangan, Setiausaha Agung PBB juga turut memaklumkan akan hadir di dalam persidangan di Tehran."Tambah Commersant lagi, "Mengenai kejatuhan Soviet dan kepudaran peranan NAM dalam isu global, persidangan menteri-menteri kanan di Tehran akan menjadi penilai usaha NAM untuk memperkenalkan dirinya sebagai kuasa besar dunia."